Jumaat, 10 Ogos 2012

WEEK 6

Alhamdulillah, kita sudah berada di pertengahan perjalanan ramadhan. Saya berharap anda semua masih utuh mengerjakan ibadah. Umpama mendaki bukit, kita sudah berada dipuncak seterusnya menurun bukit adalah menjadi sangat mudah. Ayoh perhebatkan amalan anda disamping anda terus mencari ilmu yang menafaat.

Minggu ini kita akan mula menyentuh bab-bab yang menjurus kepada rekabentuk.  
Pengiraan Beban Pendinginan pada asasnya adalah untuk mengetahui keupayaan sistem penyamanan sebelum membuat pemilihan sistem dan jenama yang sesuia untuk digunakan mengikut keupayaan yang telah dikira. Terdapat berbagai-bagai cara serta format yang digunakan untuk mengira beban ini. Ia boleh dikira secara anggaran dan boleh juga dikira dengan lebih tepat lagi sekiranya menggunakan perisian-perisian khas komputer untuk mengira beban pendinginan ini.  
Bagi jurutera pendinginan, pengiraan yang tepat diperlukan bagi menentukan pemilihan sistem yang sesuai yang memenuhi keperluan sesuatu ruang itu.  
Bagi seseorang arkitek, pengiraan secara anggaran adalah memadai dengan tujuan bagi mendapatkan konsep sistem penyamanan yang boleh dicadangkan bagi sesuatu reka bentuk itu.

Tajuk nota untuk dimuat turun

U8 - Load Estimation

Tiada ulasan:

Catat Ulasan