Jumaat, 30 Januari 2015

WEEK 5 ( JJ2015) 


Alhamdullilah .... Minggu ini kita bertemu kembali setelah berehat panjang. Setelah dimasukkan ke Wad sebab diserang Deman Denggi dan berehat dirumah rasa gembira dan suka dapat meneruskan pencarian ilmu kita. Segala pujian bagi ALLAH.

Minggu ini kita masih melihat pada Unit 2, dibawah tajuk Pipe Fitting dan Flanges. 

Fittings ialah bahagian penyambungan pipe digunakan untuk mengubah haluan (elbow), ranting dari paip utama (tee) dan juga untuk mengubah saiz paip (reducer)

Flange pula ialah peranti berbentuk cincin direka untuk dikimpal atau dibenang pada hujung paip. Penggunaannya adalah disebabkan oleh kemudahan merelaikan paip untuk tujuan penghantaraan, pemeriksaan berkala, penyelenggaraan dan pengantian paip. 

Rujuk Modul / Kertas Penerangan Kursus KDM3042 pada Unit 2.2 - Fitting dan Unit 2.3 - Flange. 

Khamis, 15 Januari 2015

WEEK 3 ( JJ2015)

Lama dahulu seseorang memutuskan membawa air dari sungai berdekatan dan kembali ke kediamannya adalah satu kerja yang memakan masa dan memenatkan. Kecerdikan telah melahirkan ciptaan dan paip dari bambu dan balak yang ditebuk. Tamadun Mesir dan Aztec menggunakan paip yang dibuat daripada tanah liat.

Paip logam yang pertama di buat oleh orang-orang Greeks dan Rom dari plumbum dan gangsa.

Minggu ini kita akan melihat kegunaan paip yang semestinya kelengkapan utama dalam kejuruteraan prosess. Rujuk Modul / Kertas Penerangan Kursus KDM3042 pada Unit 2.1 - Pipe. 

Khamis, 8 Januari 2015

KMD 3042 PROCESS PIPING DRAUGHTING

Kursus Process Piping Draughting akan memakan masa selama 76 jam dan meliputi unit-unit berikut :

Unit 1 -  Introduction
Unit 2 -  Piping Terms And Used
Unit 3 -  Mechanical Equipment
Unit 4 -  Flow Diagram
Unit 5 -  Instrumentation
Unit 6 -  Process Piping Drafting

Anda perlu menyiapkan 3 Tugasan Lukisan dan 1 Kuiz untuk penilaian dan hadir kuliah sekurang-kurangnya 90% dari masa pertemuan.

Rujuk blogsite ini untuk Bahan Rujukan P & P anda.

Rabu, 7 Januari 2015

HAPPY NEW YEAR 2015

WEEK 2 ( JJ2015)


"SELAMAT TAHUN BARU 2015" - Apa harapan dan impian anda di tahun baru ini.  

Selamat kembali ke kuliah. Diharap anda semua gunakan kesempatan yang singkat ini untuk mendapat ilmu dan kemahiran untuk mempersiapkan diri anda melangkah ke dunia luar semasa Latihan Industri dan seterusnya ke alam kerjaya anda. 

Tetapkan "GOAL" anda dan Istiqamah. Insya Allah selamat.....