Rabu, 7 Oktober 2015

eBOOK





Modul KMD3052 Engineering Material Fundamental untuk rujukan pelajar telah dimuat naik di page "eBooks". 

Terima Kasih dan Kredit kepada En. Zual Hasnah Nazri, Ketua Program SLR Institut Kemahiran MARA Lumut.



Isnin, 5 Oktober 2015

MINGGU 15 (JD2015)





Ambil perhatian untuk menghantar Tugasan 1 Lukisan KMD 3042 pada hari Isnin ini 5.10.2015.

Semua Luksian A4 hendaklah di jilid dan di "bind" sebelum dihantar kepada Pensyarah anda. 

Isnin, 24 Ogos 2015

M & E Sevices Drawing Week 9 (JD2015)

Syabas kerana anda telah melengkapan tugasan Practical Drawing 1. Yang masih belum hantar segerakan menghantar tugasan anda.

Kita akan teruskan ke tugasan Practical Drawing 2 yang masih pada tajuk Air Conditioining Drawing. Anda akan diberikan lukisan lakaran single line pemasangan sistem air condition dan anda perlu menghasilkan lukisan lengkap dalam double line berpandukan lakaran tersebut. Plan Lantai untuk tugasan telah tersedia untuk anda.

Pergi ke tab/page Assessment KMD3132 dan :-
  • Muat turun Kertas Tugasan 2 dan Plan Lantai
  • Sila muat turun Duct Drafting/Design References Booklet (boleh didapati di menu "Side Order").
  • Cetak Booklet tersebut dan gunakan ia sebagai rujukan semasa melaksanakan Tugasan 2. Ia membantu anda menentukan melukis rekabentuk sesalur

"SELAMAT MELUKIS"

Rabu, 22 Julai 2015

Khamis, 7 Mei 2015

Process Piping Draughting (JJ2015)


Anda berada di bulan terakhir untuk melengkapkan kursus ini.  Tugasan melukis Piping General Arrangement Drawing adalah yang terakhir.

Tugasan ini agak mencabar kemahiran anda. Anda akan melukis susunatur pemasangan paip dalam paparan 3D.  


Untuk menyiapkan susunatur 3D ini, anda perlu merujuk kepada beberapa lukisan yang dibekalkan seperti i) plant laout  ii) location plan iii) process flow diagram  iv) P & ID  v) vendor drawing  dan sebagainya.

Anda juga perlu kepada jadual dan spesifikasi yang di tetapkan oleh firma / perunding yang bertanggung jawab ke atas sesuatu projek itu.

Sila pergi ke ASSIGNMENT KMD 3042 dan Download maklumat yang perlu untuk melaksanakan Practical Drawing 3 ( General Arrangement Drawing )

Ahad, 1 Mac 2015

M & E Sevices Drawing Week 9 (JJ2015)

  • Sila muat turun Duct Drafting/Design References Booklet (boleh didapati di menu "Side Order").
  • Cetak Booklet tersebut dan gunakan ia sebagai rujukan semasa melaksanakan Tugasan 2. Ia membantu anda menentukan melukis rekabentuk sesalur.




Khamis, 26 Februari 2015

WEEK 8 ( JJ2015) 

Untuk kursus Process Piping Draughting :

Minggu ini anda boleh memulakan Tugasan 2.  Anda akan melukis Piping & Instrumentation Diagram

Pergi ke ASSESSMENT KMD3032 dan download Practical Drawing 2
WEEK 8 ( JJ2015) 

Untuk kursus M & E Services Drawing 2 :

Minggu ini anda boleh memulakan Tugasan 2.  Tugasan 2 masih lagi dalam tajuk Air Conditioning System. Anda akan diberikan lakaran designer dan perlu melukis semula sistem sesalur dalam lukisan double line.

Sila rujuk Legend dan contoh-contoh melukis sesalur untuk membantu anda melukis.

Pergi ke ASSESSMENT KMD3132 dan download Practical Drawing 2

Jumaat, 30 Januari 2015

WEEK 5 ( JJ2015) 


Alhamdullilah .... Minggu ini kita bertemu kembali setelah berehat panjang. Setelah dimasukkan ke Wad sebab diserang Deman Denggi dan berehat dirumah rasa gembira dan suka dapat meneruskan pencarian ilmu kita. Segala pujian bagi ALLAH.

Minggu ini kita masih melihat pada Unit 2, dibawah tajuk Pipe Fitting dan Flanges. 

Fittings ialah bahagian penyambungan pipe digunakan untuk mengubah haluan (elbow), ranting dari paip utama (tee) dan juga untuk mengubah saiz paip (reducer)

Flange pula ialah peranti berbentuk cincin direka untuk dikimpal atau dibenang pada hujung paip. Penggunaannya adalah disebabkan oleh kemudahan merelaikan paip untuk tujuan penghantaraan, pemeriksaan berkala, penyelenggaraan dan pengantian paip. 

Rujuk Modul / Kertas Penerangan Kursus KDM3042 pada Unit 2.2 - Fitting dan Unit 2.3 - Flange. 

Khamis, 15 Januari 2015

WEEK 3 ( JJ2015)

Lama dahulu seseorang memutuskan membawa air dari sungai berdekatan dan kembali ke kediamannya adalah satu kerja yang memakan masa dan memenatkan. Kecerdikan telah melahirkan ciptaan dan paip dari bambu dan balak yang ditebuk. Tamadun Mesir dan Aztec menggunakan paip yang dibuat daripada tanah liat.

Paip logam yang pertama di buat oleh orang-orang Greeks dan Rom dari plumbum dan gangsa.

Minggu ini kita akan melihat kegunaan paip yang semestinya kelengkapan utama dalam kejuruteraan prosess. Rujuk Modul / Kertas Penerangan Kursus KDM3042 pada Unit 2.1 - Pipe. 

Khamis, 8 Januari 2015

KMD 3042 PROCESS PIPING DRAUGHTING

Kursus Process Piping Draughting akan memakan masa selama 76 jam dan meliputi unit-unit berikut :

Unit 1 -  Introduction
Unit 2 -  Piping Terms And Used
Unit 3 -  Mechanical Equipment
Unit 4 -  Flow Diagram
Unit 5 -  Instrumentation
Unit 6 -  Process Piping Drafting

Anda perlu menyiapkan 3 Tugasan Lukisan dan 1 Kuiz untuk penilaian dan hadir kuliah sekurang-kurangnya 90% dari masa pertemuan.

Rujuk blogsite ini untuk Bahan Rujukan P & P anda.

Rabu, 7 Januari 2015

HAPPY NEW YEAR 2015

WEEK 2 ( JJ2015)


"SELAMAT TAHUN BARU 2015" - Apa harapan dan impian anda di tahun baru ini.  

Selamat kembali ke kuliah. Diharap anda semua gunakan kesempatan yang singkat ini untuk mendapat ilmu dan kemahiran untuk mempersiapkan diri anda melangkah ke dunia luar semasa Latihan Industri dan seterusnya ke alam kerjaya anda. 

Tetapkan "GOAL" anda dan Istiqamah. Insya Allah selamat.....